Monday 8 July 2013

Kenapa perlu ambil MULTIVITAMIN


SEKURANG-KURANGNYA SEBIJI SEHARI?

10 sebab :  


1) Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!

“ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.


2) Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang , terutamanya jika sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3) Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan vitamin terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah.

Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita. 
 
4) Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak mustahil jika seseorang itu menghidap tekanan mental.
Seseorang yang kehilangan MAGNESIUM boleh menyebabkan anda menghidapi tekanan mental ! Scary huh!

5) Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayuran dan buahan kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur yang ditanam (secara organik). Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6) Pencemaran 
Kemodenan dan kepesatan teknologi berkadaran langsung dengan pencemaran alam sekitar ok!
Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja mungkin tidak mencukupi
.
7) Tabiat makan memilih
i'M PICKY EATER!
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.




8) Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. so, umur berkadaran songsang dengan penyerapan nutrien yang baik. Supplemen a.k.a multivitamin dapat membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9) Harga yang murah
Secara purata, sebiji multivitamin yang diambil sebiji sehari,harganya kurang dari RM1. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau jajan sebungkus, mengapa harus memberikan 1001 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10) Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari ;)







yours,
Syaki | 017 -9386857
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR



No comments:

Post a Comment